Anda Bertanya

Nama:
Email Anda:

create form

Lokasi Kami

Thursday, December 24, 2009

Meriah dan Ceria!







Warna warni Disember 2009 diteruskan oleh krew KAMAL KANOPI & KATERING di majlis persandingan anak lelaki Haji Masro di Ozana, Bukit Katil pada 19 Disember 2009. Hujan mencurah-curah sejak tengahari tidak menganggu kerancakkan majlis dan kunjungan tetamu tidak putus-putus.

Suasana cukup meriah dengan gelagat saudara mara terdekat Tuan Rumah yang begitu sporting sehinggakan DJ yang kami bawa diminta untuk extend sehingga jam 6 petang!

Warna padanan pilihan biru~turquoise dan silver satin. Dan kanopi lengkap underlayer untuk semua kanopi yang ditempah sebanyak tujuh (7) unit. Ini tidak termasuk dua (2) unit kanopi untuk servis katering dan buffet yang turut kami sediakan.

Kami kerap ditanya, "Kenapa perlu underlayer?"

Jelas kami, selain faktor kosmetik dan kelihatan mewah (menutup palang-palang besi) aksesori yang juga dikenali nama 'lelangit' banyak membantu mengurangkan bahang panas turun ke ruang bawah khemah.

Memang kipas siling memberi tiupan angin, namun jika dibantu dengan pemasangan lelangit, tetamu pasti selesa.

Sebelum ini, krew KAMAL KANOPI & KATERING memasang lelangit mengguna teknik ikatan manual yang mengambil masa 1 jam untuk setiap kanopi. 'Teknologi' dan 'fesyen' hari ini yang semakin segar membuatkan kami perlu beralih kepada lelangit pasang siap yang cuma perlukan 20 minit untuk kanopi dihias cantik.




Monday, October 19, 2009

Acara Korporat



Salam Semua.

Penglibatan KAMAL KANOPI & KATERING tidak hanya terhad dalam majlis perkahwinan atau kenduri kecil-kecilan. Sebenarnya pada tahun pertama kami mula beroperasi, kepercayaan sektor korporat dan kerajaan telah mula diraih.

Terimakasih kepada organisasi ternama seperti CTRM Aero Composites Sdn Bhd, Jabatan Verterinar, Akademi Kastam Malaysia, Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan terbaru adalah majlis Fadhilat Herbs di Telok Mas pada Ahad, 18 Oct 2009.

Turut menjalinkan kerjasama bagi acara skala sederhana dan kecil yang diuruskan oleh syarikat pengurusan majlis (Event Management) luar Melaka. Pelancaran cawangan CIMB di Melaka Raya, pelancaran projek perumahan di Muar dan Bertam, majlis makan malam industri di Bukit Rambai dan juga acara kendalian pelajar IPT sekitar Melaka seperti di UniKL, Politeknik dan MMU.

Rentetan keperluan dalam industri berkaitan, sebuah anak syarikat milik penuh NADI ditubuhkan pada 16 April 2008 iatu TEJA Event & Tent khusus dalam pengendalian majlis sektor kerajaan dan korporat di Melaka.

Berhubunglah dengan kami menerusi telefon atau emel atau layari web rasmi kami. Okey!

Tuesday, October 6, 2009

Wajah baru



Salam Aidilfitri.

Sejak blog ini menjengah dunia April 2009, tak banyak posting dinukil. Satu kerana tukang tulis pun novis, kedua tukang punya pun sendiri bikin, sendiri godek-godek. Widgets ke mana, setting pun tak berapa cekap. Maaf atas kekurangan.

Apa-apa pun, kehidupan perlu diteruskan. Bahang dan kueh raya masih terasa. Tempahan katering pertunangan diterima seawal raya ke lima, 24 Sept 2009. Kompang terus dipalu!

Harap segala yang dirancang oleh bakal Raja dan Permaisuri Sehari, berjalan lancar dan diselesai sebaiknya. Kepuasan diri bakal mengatasi penat lelah persediaan untuk majlis yang diharap adalah yang pertama dan terakhir.

Dari masa ke masa, kami akan berkarya dan berkongsi koleksi gambar untuk tatapan pengunjung blog KAMAL KANOPI & KATERING.

Monday, August 3, 2009

Pameran Pengantin 2009 - Melaka Mall



Minggu terakhir Julai 2009, bermula 23hb selama empat (4) hari, krew KAMAL KANOPI & KATERING berkampung di Melaka Mall, sempena Pameran Pengantin 2009.

Peluang bekerjasama dengan Melaka Mall (terima kasih Jo, pegawai in-charge) adalah satu peluang untuk kami expose produk dan servis yang kami sediakan untuk rakyat jelata...(macam kempen pilihanraya dahh...)

Kali ini penglibatan kami adalah penyediaan kanopi dan peralatan jamuan tetamu dan VIP pasangan pengantin Azreen dan Nursinah pada Sabtu, 25 Julai 2009. Warna tema merah jambu dan hitam, menjadi pilihan pasangan comel tersebut.

Krew turut membuka booth pameran di pintu masuk Melaka Mall, berhadapan kedai optikal AXIS. Dipamer set hidangan VIP dan Makan Beradab Pengantin yang ekslusif dan ternyata menarik pandangan pengunjung.

Pertanyaan dari prospek dan temujanji untuk rundingan seterusnya, telah banyak dicatatkan. Ada juga tempahan yang secara baik kami menolak atas sebab jadual majlis telah diisi.

Terima kasih atas kunjungan semua. Jumpa lagi pada edisi Februari, 2010.

Monday, July 6, 2009

Galeri - Jun 08









Sunday, July 5, 2009

Galeri - Oct 07









Saturday, July 4, 2009

Galeri - Jul 08



















Friday, July 3, 2009

Galeri - Dis 08









Thursday, July 2, 2009

Galeri - Dis 07















Wednesday, July 1, 2009

Galeri - Jun 2009




















Tuesday, June 23, 2009

Anil dan Zam selamat disatukan.



Alhamdulillah.

Sesungguhnya kepercayaan pelanggan kami, dibalas dengan sebaiknya.

Terima kasih En. Rosebi Ibrahim dan isteri, Puan Aini Mamat kerana meletak keyakinan penuh terhadap KAMAL KANOPI & KATERING mengendali majlis perkahwinan puteri mereka bertempat di Bukit Piatu, Melaka.

Majlis pernikahan yang menyatukan pasangan cantik Anil Ezatul dan Ros Muhammad Nizam berlangsung pada 19 Jun 2009 dan diteruskan dengan hari persandingan pada Sabtu, 20 Jun 2009.

Majlis berlangsung dengan teratur dan diserikan oleh persembahan seni tradisi seperti iringan paluan kompang dan nyanyian oleh jemputan tersohor seperti Puan Mariam Ahmad, Rohana Jalil dan barisan pelapis bintang AF. Haziq AF merupakan adik kepada Anil Ezatul turut menghiburkan tetamu.

Tema unggu-krim serta persalinan warna silver menjadi pilihan. Seri majlis pernikahan diakhiri serta dihiasi percikan bunga api warna warni sejurus pengantin keluar dari persada (trademark kami di KAMAL KANOPI) dan juga bunga api buluh (trademark orang Melaka) sejurus majlis malam berinai dibuka tirainya

Tahniah kepada Pengantin.

Wednesday, April 1, 2009

Langkah Sulung




Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, NUR AZAN DAGANG INDUSTRI (MA0095411-W) atau NADI pemilik jenama Kamal Kanopi, Katering & Kafe telah mengolak langkah untuk lebih dekat dengan prospek pelanggan.

Setelah dua (2) tahun memilih untuk memasarkan produk dan khidmat menerusi laman web www.kamalkanopi.com.my bermula April 2, 2009 kami sudah 'tak mampu' untuk menolak arus pengiklanan percuma menerusi blog.

Laman web www.kamalkanopi.com.my masih kekal beroperasi dengan hit yang kami sendiri sukar mempercayainya. Kalau dibuat carian web, kalau cari keyword 'kanopi melaka' atau 'katering melaka' atau apa saja berhubung majlis perkahwinan di lokasi negeri Melaka, sukar untuk kami berbohong kalau nama Kamal Kanopi 'tak sangkut'.

Bukan mendabik dada, tapi mungkin kamilah pengendali khidmat kanopi & katering PERTAMA di Melaka yang punyai laman web .com.my.

Blog ini dikendali oleh admin.smartsolutions, penyedia khidmat yang masih novis.