Anda Bertanya

Nama:
Email Anda:

create form

Lokasi Kami

Friday, December 31, 2010

Galeri Julai 2010





Saturday, October 30, 2010

Komitmen diteruskan!



Salam sejahtera.

Ramai yang tidak ketahui, KAMAL KANOPI & KATERING turut memiliki laman web sejak tahun 2007. Benar, empat (4) tahun lalu memang boleh dikira dengan jari bilangan syarikat pengendali kanopi dan katering menggunakan medium internet untuk tujuan pemasaran dan profile.

Alhamdulillah, dunia tanpa sempadan ini makin ramai diterokai. Banyak sudah laman blog dan facebook menjadi medium untuk orang dalam industri mendekatkan diri dengan prospek. Sebut sahaja industri hiliran bersangkut dengan perkahwinan. Jurufoto, andaman, cup cakes, DJ hatta pasukan Kompang juga mengambil 'bahagian' dalam internet.

KAMAL KANOPI & KATERING turut ingin merasai kesegaran, jadi logo dan papan tanda premis kami di Lebuh AMJ, Jambatan Duyong dengan sukachita di persembahkan!

Logo dan kerja cetak adalah hasil sentuhan Infiniti Design Solutions milik sahabat saya, En. Fadzil.

Laman web sahaja yang masih dalam susunan semula. Harap bersabau eh...!

Sunday, October 10, 2010

MASSCOMM UiTM Melaka




Aduhai...

Ini satu lagi projek adik-adik UiTM, yang ditempah di saat-saat akhir. Nak buat majlis hari Jumaat, Isnin sebelumnya baru nak minta sebut harga dan hanya dapat pengesahan pada Selasa petang. Nak setup lagi, nak kejar majlis kahwin tarikh pofuler 101010 lagi.

Nasib baik lah taukeh ni pun Alumni UiTM, walaupun tak sebumbung! (adik Masscomm -kampus Lendu). Nasib baik juga taukeh ni pendukung syarikat media. syyyyyyyy!

Habis saya membebel pada Project Director, maka lori KAMAL KANOPI & KATERING akhirnya tiba di tapak program, Dataran MBMB ketika itu jam sudah 10 malam, Selasa 6hb Oktober. Dengan pantas krew termasuk jugak taukeh menaikkan 20 unit kanopi, lengkap kipas siling dan lampu kalimantang.

Selesai pasang, kami pulang.

Esok, menjelang tengahari Project Director sudah hubungi kami semula untuk stand-by uji lampu dan kipas, kerana pihak kontraktor pendawaian baru sahaja tiba di site. Wah... jadual masa kerja kami benar-benar teruji. Lokasi majlis 101010 pula jauh di Selandar.

Apa pun, semuanya berjaya kami handover pada masa yang ditetapkan. Harga untuk acara kendalian pelajar IPTA memang berbeza dengan korporat, anggaplah ianya sebagai satu tanggungjawab sosial KAMAL KANOPI & KATERING.


Friday, October 1, 2010

Shah Alam? Jauhnya!



Betul!

Masih ingat entri ini?

Dr. Azizan Osman, Pakar Motivasi - Hidup Luar Biasa dan Mentor - Rahsia Tarikh Lahir terkenal tanahair sekali lagi menghubungi Pengurus Operasi, En. Kamal Hasan di minggu terakhir Aidilfitri.

"Bang, saya tak nak pening-pening. Saya nak serah kat abang untuk majlis Rumah Terbuka Aidilfitri kami di Shah Alam. Kanopi, katering dan semuanya!" suara dihujung talian, Dr. Azizan Osman.

Eh! Shah Alam?

Biar betul nak buat katering disana ... congak campur tolak darab bahagi. Kami tak mahu ambil risiko, ini majlis VVIP. Pelbagai faktor kena kami pertimbangkan.

Secara baik, kami menolak tempahan katering dari Dr. Azizan Osman. Mungkin kepercayaan telah mendorong Dr. Azizan untuk memilih KAMAL KANOPI & KATERING, namun kami tidak perlu gopoh. Pada masa sama, ada tempahan di sekitar Melaka yang telah kami sahkan dihari yang sama.

Atas rasa percaya juga, Dr. Azizan Osman minta juga kami bekalkan peralatan kanopi serta hiasan untuk majlis Rumah Terbuka beliau di kediamannya di Kelab Golf Sultan Abd Aziz Shah. Kami akur akhirnya.

Tapi sebelum habis perbualan telefon hari yang sama "Bang, kalau tak boleh katering hari raya ini, nanti insya Allah saya nak buat majlis akikah anak sulung saya di Melaka, boleh?" 'usik' Dr. Azizan Osman.

En. Kamal menjawab ringkas, "Itu, saya terus confirmed!"

Sunday, August 1, 2010

Kamal Kanopi & Kanopi - Aktiviti Sosial



Salam Menjelang Ramadhan

Ya, menjelang Ramadhan di saban tahun, banyak aktiviti kebajikan mula di atur oleh pelbagai entiti korporat kepada golongan sasaran sebagai satu tanggungjawab sosial. Dalam hal sama, KAMAL KANOPI & KATERING turut berkerjasama dengan pihak korporat dalam menjayakan program.

Pada 31 Julai 2010 bertempat di Stesen ESSO Mobil Cheng, Melaka jam 10.00 pagi majlis Pelancaran Beras dan Minyak Masak Bersama Esso Smile dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah.

Anak yatim dan warga emas telah diraikan dengan penyerahan sumbangan beras, minyak masak dan wang tunai oleh Syarikat Beras Faiza Sdn Bhd, Yee Lee Sdn Bhd (produk minyak masal Vesawit) dan Esso Malaysia.

Hadir memeriahkan majlis adalah Y.B. Datuk Hj. Md Yunos Husin, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Melaka.

Terima kasih Puan Fauziah dari Syarikat Beras Faiza, Batu Pahat yang memberi kepercayaan dan berkerjasama dengan KAMAL KANOPI & KATERING.

Monday, July 12, 2010

Pameran Pengantin KEMBALI


Salam semua!

Edisi Kedua Pameran Pengantin 2010 Melaka bertempat di Melaka Mall akan kembali. Kali ini semua dijemput memeriahkan acara bermula Selasa, 20 Julai hingga Ahad, 25 Julai 2010 dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

KAMAL KANOPI & KATERING sedang menyusun aktiviti dan program menarik di Booth kami sepanjang berlangsungnya acara yang di adakan sempena sambutan Melaka Bandaraya Warisan Dunia ke 2. Fanpage kami di Facebook juga telah diberi jemputan.

Kali ini Pameran dikendali oleh Hulubalang Events dengan kerjasama MBMB dan Perbadanan Hang Tuah Jaya.

Inilah peluang anda, bakal Raja dan Permaisuri Sehari untuk bertanya-tanya, mencuci mata, membuat pilihan terbaik untuk majlis idaman masing-masing. Tiada komitmen!

Kepada anda yang belum mendaftar untuk Kursus Pra Perkahwinan anjuran Majlis Agama Islam Melaka, boleh berbuat demikian di booth KAMAL KANOPI & KATERING. Borang pendaftaran kursus boleh diperolehi dari kami dan buatlah pilihan tarikh kursus yang bersesuaian. Malah kami sedia membantu anda menguruskan bayaran yuran penyertaan.

Mudah! Isi dan bayar (pastikan dapatkan resit rasmi kami).

Jumpa disana!!!

Thursday, March 4, 2010

Sokongan Korporat











Alhamdulillah.

OSRA Managements & Services, syarikat berpengkalan di KL yang menguruskan Bukit Serindit Motels telah mengadakan kerjasama strategik sokongan untuk acara yang dikendalikannya, pada 2 Dis 2009 hingga 4 Dis 2009.

Dalam kesibukan krew KAMAL KANOPI mengosongkan tapak acara Melaka Performance & Art Festival di Bukit St. Paul, kepercayaan seumpama ini disempurnakan.

Untuk mendapatkan maklumat motel ini, klik saja disini.

Terima kasih Pengurus Osra Management dan Services Sdn Bhd, Norlida Sari Abu Osman.

Tuesday, March 2, 2010

Climbing to St. Paul Hill











Adus!

"Apa pasal la kau accept job yang ini?" sikit keluhan Pengurus Operasi kami.

"Kenapa tidak?" jawab saya dihujung telefon.

Rupa-rupanya, lori tidak dibenarkan naik ke puncak bukit, tapak untuk Melaka Art & Performance Festival pada 27, 28 dan Nov 2009.

Itu komitmen kami di KAMAL KANOPI!

Penganjur telah menempah white high tent berbagai saiz untuk krew persembahan yang kali kedua dijalankan. Sumber bekalan elektrik yang terhad, memerlukan pendawaian sejauh 100 meter ke tapak festival. Dicelah-celah bangunan bersejarah, disaksikan oleh pelancong luar dan dalam negara, krew kami pantas mengendalikan kerja pemasangan di lokasi berisiko ini.

Risiko pertama adalah tiupan angin kencang dari Selat Melaka. Jika anda pernah berkunjung ke Bukit St. Paul, nikmatilah panorama indah dari atas bukit ini sambil ditiup pawana.

Risiko kedua ialah keselamatan pengunjung yang berduyun-duyun di lokasi, terdedah kepada pendawaian yang cukup kompleks milik penganjur.

Syukur, festival dilaksana dengan jayanya tanpa perlu menggunakan back-up plan atau disaster plan!


Monday, March 1, 2010

Muncul Kembali!

Salam 1 Malaysia!

Sekian lama saya bertapa di dalam 'gua' maka bermula hari ini, blog KAMAL KANOPI, KATERING & KAFE diberi nyawa semula untuk dekat kepada pelanggan dan prospek.

Kalau ada yang bertanya-tanya kenapa lama menghilang, jawapan saya "Ampun kan kami...alasan kalau diberi 1001 pun tetap tidak mampu mengambali masa-masa yang ditinggalkan."

Sepanjang tempoh pertapaan ini, kami mengekalkan tempo mendaki dan menuruni lurah serta meniti liku-liku bersama pelanggan yang tak henti-henti memberi sokongan. Baik sekecil tempahan kanopi 10' x 10' dan kerusi plastik 5 unit sehinggalah skala besar dengan berbelas-belas kanopi termasuk juga tempahan katering.

Semoga Allah memberi kesejahteraan kepada semua pelanggan KAMAK KANOPI, KATERING & KAFE.


Sunday, February 28, 2010

Gempak Beb!!!

Apa yang gempak beb?

Satu hari pada Januari 2010.

Sebuah SUV Porche Cayenne warna putih mutiara menjalar masuk ke ruang halaman berhadapan pejabat kami. Segak orang yang memandunya, sambil ceria memberi salam.

"Bang, saya Dr. Azizan Osman. Nak bertanya lah pakej kanopi majlis perkahwinan bulan Februari ini."

Pengurus Operasi, En. Kamal seperti lazim melayan pertanyaan demi pertanyaan. Berkerut muka dia pasal cuba nak mengecam wajah orang yang bertanya itu. "Macam aku kenal ajer... tapi di mana ekkk?" bisik hati.

"Ok En. Kamal, saya nak bersegera ni. Mohon diri, jangan lupa emel kan sebut harga secepat mungkin" sambil kad perniagaan bertukar tangan.

En. Kamal masih lagi 'terkial-kial' mengecam pelanggan tadi sehingga lah dia melihat iklan di akhbar pada hari yang sama. "Ahhhh...drebar kot.... menyamar drive kereta bos!"

Sah! Benar... beliau adalah Dr. Azizan yang sama seperti di www.rahsiatarikhlahir.com.my


Majlis Perkahwinan Dr. Azizan dan Isteri di Melaka dilangsungkan dengan meriah.

Kami di KAMAL KANOPI & KATERING amat-amat dan sesungguhnya berbangga diberi kepercayaan oleh ikon Pakar Motivasi Potensi Diri ini.

Permulaan baik 2010. Insya Allah.

Wednesday, February 10, 2010

Alfatihah




8 Februari, 2010 Isnin pagi. Sekitar jam 8.30pagi saya memandu tenang di Lebuhraya PLUS dari Ayer Keroh menuju KL. Menghampiri di kilometer 252 selepas Hentian Rehat Senawang/ Pedas, kelihatan sebuah trailer panjang disisi lebuhraya arah bertentangan yang hangus di bahagian ekor. Kesan rempuhan dan rangka kenderaan yang merempuh masih disitu.

Aduhai! Siapakah yang malang itu, dan bagaimana pula nasib pemandu dan penumpang?

Sekitar jam 2 petang, Kamal menghubungi saya memaklumkan berita kematian melibatkan pelanggan kami, Pengasas Fadilat Herbs bersama semua anggota keluarga. Klik disini untuk posting majlis perasmian kilang yang kami kendalikan akhir Oktober 2009.

Terdiam saya!

Lokasi kemalangan, KM252 agak berbukit dan berselekoh. Mereka yang lazim menggunakan laluan ini boleh mengecam lokasi menerusi gambar yang dikongsi ini (ihsan Bernama).

Kepada semua rakan, berhati-hati ketika memandu. Sayangilah diri anda dan keluarga anda.

Saturday, January 2, 2010

Galeri - Dis 09