Anda Bertanya

Nama:
Email Anda:

create form

Lokasi Kami

Monday, December 31, 2012

Selamat Tinggal Tahun 2012!

SELAMAT tinggal tahun 2012 yang penuh kenangan, dalam detik 4 jam lagi.

 

Terima kasih pelanggan KAMAL Kanopi & Katering yang menyokong produk. Kekurangan kami perbaiki, saranan kita timbangi.

 

Terima kasih page Saya Anak Melaka yang memberi lonjakan publisiti.

 

Kepada crew tetap dan part-timers, your are simply the BEST! There's so much more to do in 2013!

 

Family members, abah dan mak (Haji Hasan Emby & Hajah Tijah Jaafar), Lela + anak2 ... tiada perkataan sebaik 'saya/ kami sayang semua'!

 

Alfatihah kepada ahli keluarga terdekat yang kembali menemui Maha Pencipta. Arwah Atuk Hj. Jaafar - your magic words & tales will always in my mind.

 

Sehingga bertemu esok, 1 Jan 2013 dengan lebih indah.

 

Azan Hasan

CEO

<credit image>

 

Thursday, December 27, 2012

Santapan Jiwa


Ya Allah
Sesungguhnya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu
Kecantikkan adalah kecantikan Mu
Keindahan itu keindahan Mu
Kekuatan itu kekuatan Mu
Kekuasaan itu kekuasaan Mu dan
Perlindungan itu perlindungan Mu



Ya Allah,
Jika kami masih di langit, Engkau turunkanlah dan
Jika didalam bumi, keluarkan lah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah dan
Jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan
Keindahan
Kekuatan
Kekuasaan Mu
Limpahkan kepada kami segala yang Engkau telah limpahkan
kepada hamba-hamba Mu yang soleh.

Amin Ya Rabbal Alamin


TERIMA KASIH Admin page FB Saya Anak Melaka!

Blog KAMAL Kanopi & Katering kini memasuki medium Iklan TERBESAR di Melaka iaitu page Facebook Saya Anak Melaka.
Sangat memberangsangkan! Terima kasih!

Wednesday, December 26, 2012

Warna Oh Warna

JUST name it, we will get it. Variasi warna tema scallop seakan soalan wajib kepada KAMAL Kanopi & Katering. Kombinasi warna pastel dan offwhite adalah trend semasa, apa pun pilihan ditangan Pengantin. Katalog warna fabrik sentiasa dalam 'stand by mode.

Friday, December 21, 2012

Ulangtahun Kelahiran Tun M ke 87

SALAM Ulangtahun kelahiran ke 87 Negarawan Tun Dr. Mahathir pada 20 Disember 2012. Gambar diambil ketika Tun hadiri satu program di Marina Melaka dimana KAMAL Kanopi & Katering membekalkan peralatan. Semoga Allah memberi kesihatan baik kepada Tun.

Thursday, December 20, 2012

Kursus Pra Perkahwinan 2013

MENCARI jadual Kursus Pra Perkahwinan Melaka 2013?

Hubungi Urusetia Kursus yang dipantau oleh JAIM iaitu :

MAIM BENTARA SDN BHD

Tingkat 1, Kompleks Al Azim Fasa II

Jalan Bukit Palah 1

75150 Melaka

Tel : 06-282.93.60 dan Fax : 06-281.56.37

 
Kadar bayaran RM80 setiap orang peserta, untuk sesi dua (2) hari.


Tuesday, December 4, 2012

MEDIA Baru

Salam Sejahtera,
Dalam kerancakan iklan alam maya menerusi media laman sosial, KAMAL Kanopi &Katering tidak mahu ketinggalan.

Bermula April 2007, laman web www.kamalkanopi.com.my telah kami lancar. Di atas faktor tertentu laman web kini dalam status "Underconstruction" tetapi domain tersebut masih kami miliki. Nak beli domain? Tidak terlintas dalam fikiran buat masa ini ...(syok sendiri)...:-)

Sesekali post dalam portal iklan di Mudah.my yang berdurasi 3 bulan dan perlu diperbaharui, kadang-kadang tidak sempat atau perasan iklan sudah luput.

Tahun 2010, page di Facebook KAMAL Kanopi & Katering pula dibina atas inisiatif 'try & error'. Perlahan, namun sejak dua minggu, dengan post di wall Facebook page ini semakin mendapat tempat. Reach semakin meningkat, bilangan Fan yang mendaki, memberi isyarat bahawa pengaruh Internet sangat positif dalam membina jenama.

Tidak tertinggal juga, sesudah tamat 'homework' saya menemui kaedah mengemaskini setiap post dalam Page terus kepada akaun Twitter : @KAMALKanopi. Akaun Twitter ini mula wujud sejak 21 Jun 2012.

Saya cuba dan masih mencuba untuk 'publish post direct from email' menerusi gajet smart phone. Wish me luck!

Sunday, December 2, 2012

Majlis di Rumah atau Dewan?

Majlis Perkahwinan dalam kelompok masyarakat kita amat dekat dengan semangat bergotong royong. Kehidupan di bandar-bandar besar dimana semua sibuk dengan kerjaya, dan masa bersosial dengan jiran tetangga juga terhad.

Tidak dinafikan, wujud ikatan kuat dan semangat kejiranan di kawasan perumahan.

Pejam celik, dari anak sekolah tadika hingga masuk ke universiti dan kini sedang merancang untuk mendirian rumah tangga.

Dilema bapa pengantin, kawasan perumahan yang terhad mungkin tidak membenarkan kendarat masak memasak dipersekitaran halaman rumah. Hendak menumpang jiran, kawasan pun hampir sama luasnya.

Jika dimasak secara gotong royong, cabaran hebat juga untuk mengumpulkan tetangga dalam membantu menyedia juadah dan menjamu tetamu.

Pilihan yang ada? Di dewan secara katering. Mencabar, bukan?