Anda Bertanya

Nama:
Email Anda:

create form

Lokasi Kami

Saturday, October 30, 2010

Komitmen diteruskan!



Salam sejahtera.

Ramai yang tidak ketahui, KAMAL KANOPI & KATERING turut memiliki laman web sejak tahun 2007. Benar, empat (4) tahun lalu memang boleh dikira dengan jari bilangan syarikat pengendali kanopi dan katering menggunakan medium internet untuk tujuan pemasaran dan profile.

Alhamdulillah, dunia tanpa sempadan ini makin ramai diterokai. Banyak sudah laman blog dan facebook menjadi medium untuk orang dalam industri mendekatkan diri dengan prospek. Sebut sahaja industri hiliran bersangkut dengan perkahwinan. Jurufoto, andaman, cup cakes, DJ hatta pasukan Kompang juga mengambil 'bahagian' dalam internet.

KAMAL KANOPI & KATERING turut ingin merasai kesegaran, jadi logo dan papan tanda premis kami di Lebuh AMJ, Jambatan Duyong dengan sukachita di persembahkan!

Logo dan kerja cetak adalah hasil sentuhan Infiniti Design Solutions milik sahabat saya, En. Fadzil.

Laman web sahaja yang masih dalam susunan semula. Harap bersabau eh...!

Sunday, October 10, 2010

MASSCOMM UiTM Melaka




Aduhai...

Ini satu lagi projek adik-adik UiTM, yang ditempah di saat-saat akhir. Nak buat majlis hari Jumaat, Isnin sebelumnya baru nak minta sebut harga dan hanya dapat pengesahan pada Selasa petang. Nak setup lagi, nak kejar majlis kahwin tarikh pofuler 101010 lagi.

Nasib baik lah taukeh ni pun Alumni UiTM, walaupun tak sebumbung! (adik Masscomm -kampus Lendu). Nasib baik juga taukeh ni pendukung syarikat media. syyyyyyyy!

Habis saya membebel pada Project Director, maka lori KAMAL KANOPI & KATERING akhirnya tiba di tapak program, Dataran MBMB ketika itu jam sudah 10 malam, Selasa 6hb Oktober. Dengan pantas krew termasuk jugak taukeh menaikkan 20 unit kanopi, lengkap kipas siling dan lampu kalimantang.

Selesai pasang, kami pulang.

Esok, menjelang tengahari Project Director sudah hubungi kami semula untuk stand-by uji lampu dan kipas, kerana pihak kontraktor pendawaian baru sahaja tiba di site. Wah... jadual masa kerja kami benar-benar teruji. Lokasi majlis 101010 pula jauh di Selandar.

Apa pun, semuanya berjaya kami handover pada masa yang ditetapkan. Harga untuk acara kendalian pelajar IPTA memang berbeza dengan korporat, anggaplah ianya sebagai satu tanggungjawab sosial KAMAL KANOPI & KATERING.


Friday, October 1, 2010

Shah Alam? Jauhnya!



Betul!

Masih ingat entri ini?

Dr. Azizan Osman, Pakar Motivasi - Hidup Luar Biasa dan Mentor - Rahsia Tarikh Lahir terkenal tanahair sekali lagi menghubungi Pengurus Operasi, En. Kamal Hasan di minggu terakhir Aidilfitri.

"Bang, saya tak nak pening-pening. Saya nak serah kat abang untuk majlis Rumah Terbuka Aidilfitri kami di Shah Alam. Kanopi, katering dan semuanya!" suara dihujung talian, Dr. Azizan Osman.

Eh! Shah Alam?

Biar betul nak buat katering disana ... congak campur tolak darab bahagi. Kami tak mahu ambil risiko, ini majlis VVIP. Pelbagai faktor kena kami pertimbangkan.

Secara baik, kami menolak tempahan katering dari Dr. Azizan Osman. Mungkin kepercayaan telah mendorong Dr. Azizan untuk memilih KAMAL KANOPI & KATERING, namun kami tidak perlu gopoh. Pada masa sama, ada tempahan di sekitar Melaka yang telah kami sahkan dihari yang sama.

Atas rasa percaya juga, Dr. Azizan Osman minta juga kami bekalkan peralatan kanopi serta hiasan untuk majlis Rumah Terbuka beliau di kediamannya di Kelab Golf Sultan Abd Aziz Shah. Kami akur akhirnya.

Tapi sebelum habis perbualan telefon hari yang sama "Bang, kalau tak boleh katering hari raya ini, nanti insya Allah saya nak buat majlis akikah anak sulung saya di Melaka, boleh?" 'usik' Dr. Azizan Osman.

En. Kamal menjawab ringkas, "Itu, saya terus confirmed!"