Anda Bertanya

Nama:
Email Anda:

create form

Lokasi Kami

Thursday, May 30, 2013

TIP membeli kain.

Assalamualaikum Semua


Saya pasti sekarang ni banyak kedai jahit tak mengambil lagi 
tempahan untuk baju raya! Termasuk la saya....

Walaupun begitu saya pasti tukang jahit pening kepala apabila 
pelanggan menghantar kain yang tidak menepati peribahasa
"Ukur Baju Di Badan Sendiri", Termasuk la saya, Saya lebih 
suka mengambil kaedah memberi konsultasi secara percuma....

Antara tip- tip yang saya nak kongsikan bersama warga SIM semua

1- Untuk kawan-kawan yang bersaiz XS, S dan M
    Anda boleh membeli kain siap di potong yang banyak di jual,
     TAPI JANGAN beli kain  yang jenis berkaki, Sebab kain yang siap 
    dipotong KEBIASAANNYA tidak cukup 4m walaupun dikatakan 4M,
    Tak caya sukat kain tu, SELALUNYA 38" sahaja utk 1m, 
    PENIPUAN Yang orang tidak sedar. 
    BELI Kain minima 4.2M, Kain yg di potong di kedai kain Untuk Kain 
    yang berkaki atau yang ada border sahaja
   
   Untuk kain yang corak bertabur tidak menjadi masalah sekiranya 
   anda membeli yang siap di potong

2- Untuk Kawan-kawan yang bersaiz L onwards
    TOLONG La JANGAN BELI yang siap di potong Walaupun
    sangat cantik,
    a- Kalau kain Berkaki atau ada border, tolong beli 4.5m
    b- Kalau corak berterabur Tolong beli minima 4.3 m
    c- Kalau Kain Printed (Batik Crepe Yang cantik peknya)
        tolong buka dan tengok coraknya dulu, TAK SESUAI utk
        saiz XL onwards

3- Untuk Peminat Kain jenis Lace atau nak buat baju bertunang,
    Nikah atau apa-apa saja
    a-  TOLONG LA JANGAN Beli yang siap di potong.
        Cth: Kalau siap dipasang dengan kain sateen, JANGAN lah BELI!
         Sebab Kain lace tu akan jadi 37" saja per meter, tak cukup pun
       untuk jahit sehelai baju yang selesa, biasanya peniaga kain akan bagi
       2m kain lace dan 4m kain sateen.
      Kain Lace sahaja tolong beli 2.5M sekiranya bidangnya 42", 
      kalau bidang kain lace tu 52" dan bordernya sama atas dan bawah
      boleh beli 2M sahaja

Saya rasa setakat ini perkongsian saya, harap dapat membantu
mengurangkan stress tukang jahit akibat tak cukup kain terpaksa 
di tampal sana sini, jangan mara....sekiranya terpaksa bayar lebih

Ikhlas dari
Puan Sharipah (Asz Design)
Panel Pembangun Modul untuk Jab. pembangunan Kemahiran

(salinan dari Forum SIM)
»»»»» Hubungi»»»»»
www.facebook.com/KAMAL.Kanopi.Katering
Twitter.com/KAMAL_Kanopi
BBPin : 283F0D3F
WhatsApp : 019-316.7606/ 012-642.1310
SMS : 010-436.7008/ 017-292.9014